
|
|
Scars, will they heal ? They aren't just scars. They're what I overcome.
20111031 | Monday, October 31, 2011
![]() I've been living with cats through out my whole life. Since I was a baby, I was raised to be gentle with cats, and of course, I love cats. I sleep with em, I eat with em, and I play around with em. Some people thought that cats are scary, I mean they will scratch you or somtyn. I won't deny. Each and everytime I registered myself to a new place, there's always a scar on my face, or on my body. When I first entered highschool, I got this scar on my right cheek. When I first entered college for my foundations at 18, I got this scratch on my left eye. And when I registered for degree in May 2011, of course, there's a scar on my upper right eye,near my eyebrows. It's common to me when people kept asking me,what's with the scar. Will it heal ? Will it be gone ? Semuanya boleh dijawab. Tapi hanya satu. Dulu, mama selalu kata : " Luka di luar boleh orang nampak,luka dalam hati, siapa je yang tahu dan rasa ? " Kau. Walau macam mana pun,memang kau yang kena. Engkau sahaja yang rasa. Dulu,masa kita kecik kecik. Badan kita mesti penuh parut sana sini. Jatuh naik basikal, jatuh masa baru belajar berjalan. Jatuh masa sekolah,jatuh masa bergurau senda dengan kawan kawan. Bila kita dah besar, bila berbual : " Ni dulu parut bekas jatuh dekat longkang masa umur darjah 3 main dengan jiran sebelah." Dan,lain lain lagi. Tapi sekarang. Hati kau, dan inner self kau penuh dengan parut sebenarnya. Parut liku liku kehidupan. Tentang keluarga, tentang kawan kawan, dan of course, tentang zaman bila percintaan menyinggah dalam hidup engkau. Ada yang baik dan manis, dan sentiasa ada yang pedih dan buat engkau menangis. Itu semua, parut dalam diri engkau sendiri. Yang aku pasti,semua orang ada parut tersendiri. Tapi apa yang aku cuba hendak ulaskan. Parut tu semua,kita sahaja yang tahu dan rasa bukan ? Macam mana bermula nya detik bila kita rasa jatuh, bila kita boleh bangun semula. Bila kita kecik kecik, luka parut tu semua. Ada yang boleh hilang,ada yang tak. Tapi,parut luka yang takboleh hilang tu masih tak dapat menandingi parut yang telah terwujud di dalam hati engkau, dalam diri engkau semasa engkau tgh live life kau. Semasa engkau jatuh bangun. Sekarang,aku tanya diri sendiri. Mampu ke parut yang ada dalam hati aku ini, yang ada dalam diri aku ini. Hilang ? Ulasan aku,bagi diri aku. Bukan aku nakkan persetujuan semua pihak. Sebab, aku tulis kat sini "pada pendapat aku". Pada pendapat aku,mungkin macam mustahil. Admit it. Kadang kadang,kita nak sangat lupa benda yang menyakitkan kita. Menghancurkan kita. Tapi,pernah kan kita baca satu pepatah yang orang kata makin kita nak lupa,makin kita teringat. Dunia beb. Boleh ke engkau lupa apa yang telah meranapkan engkau ? Ini bukan soal dendam. Ini soal,manusia bila dah terhentak,dihentak. Jarang untuk lupa. Parut itu,sentiasa terlakar dalam diri dia. Kau clorox pun,tak tentu hilang. Kau sental pakai berus dawai besi pun,makin nampak calar balarnya. Memang,susah untuk hilang. Sebab tu,orang kata. Ini semua takdir kita. Dah tertulis oleh yang maha esa, hati kita,parut kita akan jadi macam ni. Kita siapa untuk kata tak adil kita kena macam ni ? Nak taknak,kita telan. Kita baham. Asalkan,kita kena percaya yang Allah itu adil. Dan Allah itu maha mengetahui. Dia tahu apa baik untuk aku. Dan apa yang buruk untuk ajar aku. Parut aku,beribu terlakar dalam diri aku. Ada yang dilakar oleh orang orang yang memberi aku kebahagiaan, dan ada juga yang meconteng dinding hati aku dengan kejam. Semua nya,ada dalam hati aku. Memang susah untuk luput. Apa aku nak buat. Aku hanya mampu bersyukur, Allah kurniakan aku akal yang mudah ingat benda benda dalam hidup aku. Parut,memang boleh hilang. Boleh kita tolak ketepi dan live life,continue to live life. Tapi,jauh di lubuk hati. Sebenarnya dia tak hilang. Cuma kita cover-kan dengan rutin lain. Takkanlah engkau lupa sesuatu yang pernah menggembirakan kau,dan menjatuhkan kau ? Mustahil. Dia mungkin akan sembuh,tapi.kau takkan lupa. They aren't just scars. They're what I overcome. They're lonely nights. They're insults. They're insecurities. They're emotions. Our scars reminds us that the past is real. ![]() Labels: a lovers rhapsody. |